Sunday, March 29, 2009

UUM

Semalam sebelum aku masuk tidur seperti biasa, aku terpandangkan sehelai sampul surat yg berwarna coklat cair di atas meja, hati ni terasa ingin mengetahui isi kandungan surat tersebut lantas aku mencapai surat tersebut dan ternyata surat itu adalah untukku.. aku terus membuka sampul surat itu, dengan tersenyum aku membaca setiap isi kandungan surat tersebut..Alhamdulillah akhirnya permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran ke universiti utara malaysia termakbul. aku kongsikan berita gembira ni kepada keluarga dan tidak lupa juga kepada si dia.
waaahhh..banyak feedback yg aku terima dari family aku dan si dia...huhu..antaranya

sekali da melangkah, janganberpatah balik..belajar betul2 dan jangan fikir pasal benda lain!!!

haa..dan macam2 lagi la..ada yg bg respon positif and tak kurang juga ada yg bagi respon negatif..huhu..bagi aku, aku tak kisah!! aku terima semua tu sebagai kata-kata perangsang untuk aku mencapai cita-cita aku!!
kepada kawan ku yg diluar sana semoga teruskan la mendoakan kejayaan yaa..=]

P/s: thanks for all feedback n reapon yg korang semua bg..

Thursday, March 26, 2009

Aku Tetido Daa..

hari ni aku da nekad nak balik..hehe..sharp 5.30pm aku terus cabut dr office!!! huhu..kira balas dendam laa..mana taknya semalam aku balik kul 9.30pm br kuar office, sampai uma da kul 10.30pm..letih tu.. tapi kali aku balik dengan man niee, dila tak ikot sebab dia banyak keje!!! so cam biasa aku balik jerlaa..aku naik cap sampai taman paramount, aku dengan man niee satu tren tapi kami turun lain-lain tempat. dia turun kat kl centre, aku plak turun kt ampang park!! masa dalam tren aku bosan la takde kawan nak beborak..selalu aku balik bedua dengan dila, ciap sembang2 lagi tapi kali ni aku seorang, disebabkan aku balik seorang and bosan..huhu..aku tertido secara tak sengaja..hehe..sedar2 jer da sampai stesen dato' keramat!! wahhh..bayangkan aku terlepas 2 stesen..huhu..pastu aku turun jela dr tren wat muka tak bersalah yelah da tetido bajet xde org yg perasaan..hehe..=P kena aku naik tren sebelah tok balik ke ampang park!!!
haha..kelakar la bila ingat balik..

P/s: hehe..lain kali jgn tido dlm tren..kan da terlajak.. actually masuk ni da 2 kali aku tertido dlm tren..=]

Wednesday, March 25, 2009

Tension!!!

Dalam keadaan aku yg tension lagi serabut ni, aku sempat la entry blog aku ni..atlist dapat gak la aku menghilangkan tension keje yg semakin banyak dan menyerabutkan ni. aduhh..letih la wat keje mcm ni, asyik kena reject je!!! sape tak tension. masuk hari ni da 2 hari colleage aku mc, dia ni start join company awal sebulan dr aku. dia ni kira banyak gak pengalaman keje under training section. aku plak kira baru lagi under training section ni sebabnya mula2 aku join since September last year aku ditempatkan under section "Employment Services" then, start 1 Jan 2009 aku ditukarkan ke section "Training & Development" because replace sorang staff yg resign ni..errmm..kira baru nak masuk 4 bulan!!!...waahh..melalut sudah ni!!!



actually bukan tu yg aku nak cerita..aku cuma nak share dengan korang perasaan tension aku ni jer..aaahhhhhhh...tension..tension..tensionn..!!!! Aku ingat nak balik awl g karaoke nk realease tension..haa..sape nak follow aku?? jom!!! tapikan nampak gayanya macam tak boleh jer sebab banyak keje and tak boleh balik..aku kena ciapkan gak apa yg patut sebab aku nak taking leave on 30 March ni..errrmm..agak-agak..sempat ke ciap???

P/s: kepada korang2 yg rajin menyinggah uma aku ni, n kalau2 terbaca entry aku kali ni doa2 kan la yerk...Amin..

Tuesday, March 24, 2009

Tag Lagi!!!!

ayoyo...tag lagi!!!! yg arituh punye pun xberbalas lg..hehehe...cik ain ni nak kenakan sy ek..huhu..oklaaa..nak tak nak aku kena jawab gak..t majuk plak cik ain kite ni..hehehe..=P Ok..jom layannnn.....=]


1.) Do you thing Hot??

errmmm...tak jugak, aku cool jer.. but, once aku da mara ciap laa org tuh!!


2.) Upload a favourite picture of you ..


3.) Why do u like this picture?

the nice pic i have with my sibling.. aku memang sayang sangat pic ni..bukan senang tau nak bergambar dengan adik-beradik aku ni..yela lau pun dok satu uma tapi masing2 bz jer memanjang..almaklum laa masing-masing da besarkan..pape pun..diana sayang korang semua..muaaahhhh..

4.) When was the last time you eat pizza?

waahhh...da lama xmakan laa..yela bak kate cik ain "boikot punya pasal" aku ingat lagi time tuh aku ajak abang lang aku g beli pizza, nak tapau la makan kat uma..tiba-tiba abg aku kate "mana boleh makan pizza, sekarangkan kampen memboikot produk amerika syarikat!!!" wah terkedu aku n samapi tak terkata-kata..huhu..

5.) The last song you listen too?

lagu apa ek??? lupa laa..da banyak sangat..

6.) What are you doing beside yours?

keje laa!!! melambak ni..my colleague MC for 2 days..huhu..terkangkang2 la aku nak ciapkan sorang2...

7.) What name you prefer besides your?

Princess Dyana

8.) People to tag (5 Person)

i- Zalikha Mohd

ii- Ain Aishah

iii- Cik dyla

iv- E La Mia Vita

v- AzrulHanamichi


9.) Who is no.1?

Dia ni member satu sekolah aku dr standard 1 until standard 6, naik sekolah menengah kami tak satu sekolah lg. sampai aku masuk form 6, tak sangka jumpa dia lg. Dia seorang yg happy go lucky n sangat berminat bidang seni & kebudayaan. aku doakan semoga dia berjaya dalam mencapai impiannya..Amin..

10.) No.3

dia ni best friend aku..tiap kali aku ada masalah, dia la yg menjadi pendengar setia, kami da kenal da hampir 4 tahun!! since lower six lagi..dan kami semakin akrab sejak 6 bulan lepas, apabila aku diterima berkerja di company yg sama..hehe..kemana saje kami pergi mesti berdua..sampai budak2 office gelar kitaorang twins..huhu..hope friendship kitaorang ni takkan berakhir sampai sini jer..

11.) Say something about No. 5

Huhu..dia ni member blogger aku..nak tau sape??? adik aku yg bongsu, da besor da!!! hehe..padan muka dia, tuh la org nak main blog..dia pun nak jugak. haaa...sekarang jawab jangan tak jawab!!!!

12.) How About No.4

kawan blogger aku, Mr.Syukri namanya..hehe..aku rajin jugak menyinggah ke rumahnya..waahhh..kadang2 xpaham sudah ni apa yg dia cuba nak ceritakan dalam blog nya tu..

13.) Who is No.2

budak branch previous company aku..N.A.Z.A K.I.A S.D.N B.H.D, huhu..dulu2 tiap pagi aku lar yg rajin main calling dengan dia..hehe..tanya report arrgg..apa lagi..lau tak bising Boss aku report tak updated kat dia


akhirnyaaa...berjaya jugak aku ciapkan tag ni..haha..kepada kawan-kawan sekalian..sila-sila la menjawab tag dr aku..hehe..jangan mara t kena jual..=P

Thursday, March 19, 2009

Tiada Lagi


Sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
tak mungkin kan menyatu

Walau masih ada sisa cinta
biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan
tiada lagi yang kuimpikan

Biar aku sendiri tanpa dirimu

Tiada lagi kata cintaku
tak kan lagi ku bersamamu

Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Tiada lagi yang kuharapkan tiada lagi yang kuimpikan

Biar aku sendiri tanpa dirimu..

Wednesday, March 18, 2009

aku MC arini

panasnya kat luar tuh naik pening kepala aku dibuatnya..dala sakit gigi, ditambah lagi dengan sakit kepala yg tak terkata!!!
actually aku baru balik dari klinik gigi kat kosas, doktar kate gigi aku da rosak kena cabut effect dari tu menyebabkan gusi aku bengkak..aku diberi ubat abtibiotik dan ubat tahan sakit kena makan sampai habis..bila da kurang sakit tu br lebih cabut. aku gak dapat mc tok arni..
aku mengadula dengan dila, wahh..dia msg ciap bagi nasihat lagi

"Sian awk..2 la next time lau gigi berlubang cpt2 tampal k, n jangan makan coklat & ice-cream"

aduhh..terasa gile aku bila dila cakap cam tu, tapi betul jugak ckp dia tu..aku ni degil, dala suka makan coklat n ice-cream..pstu bila da sakit gigi penakot nak g jumpa doktor..apelaa..

errmmnn..sekarang br padan muka aku, nak makan kena berpantang, xbole makan manis2..huahuahua..tersiksa macam ni..=S

P/s : moral of the story..next time lau sakit gigi cepat2 la g jumpa doktor ek..

Monday, March 16, 2009

Aku, sabtu, kenduri kawin, & kuda

hahaha...agak2 pelik tak tajuk story aku kali ni??? sebenarnya aku pun xtau nak letak tajuk per!!! otak beku arghh..xde idea ni..xkisah laa..tp aku ttp nk share story ni dengan korg semua..huhu..kepada korg yg rjin2 singgah uma aku ni..thnk a lots..=]

uikkss..merepek sudah ni..

haaa..cmni citer die ari sabtu lepas aku da deal dengan dila nak g setapak, because on the that day membe aku eika melangsungkan perkahwinannya dengan lelaki pilihan hatinya, zaki..

sELaMAt PEngANtin BaRU eIKa, sEMOga bERkEkALan HinGGA AkhIR hAYat & dIkURniakAn bABy Yg sIHat n ComEL
Amin..


Huurrmm..pas balik dari setapak, aku terus menuju ke lokasi yg seterusnya...Taman Tasik Titiwangsa...
huhu..sebenarnya dalama aku nak pg tapi waktu dan ketika yg xmengizinkan aku kesana aduuhh..rindunya..teringat plak zaman2 becinta dulu..lau dating je mesti g titiwangsa..hehe..cam xde tempat lain jer..waahhhh...terkenang zaman muda2 sudah ni..hehe..=P

sebenarnya bkn tuh yg aku nak cite, aku nak cite sal K.U.D.A!!! hehe..pelik x??? cmni, masa aku dengan dila ngah jalan2 sambil posing kat taman tuh cm pic kat sebelah ni.....----->>>
punye best jalan2 amik angin, tiba-tiba hujan turun plak..errmm..dlm hati bajet nak balik je. tp pk balik hujankan..konfom jalan jemnya..aku pun ajak dila dok berteduh kat kedai makan yg ada kat situ..huhu..tak sangka plak, kat sana kami berkenalan dengan sorg pkcik iaitu tokei kedai tempat kami minum n dengan 2 jejaka penguatkuasa dbkl. sembang punya sembang, kami di pelawa tok melihat kuda dengan lebih dekat lagi..waahhh..aku pun teruja giler..hehehe..sanggup tunggu sampai hujan berhenti ni nak melihat n merasai kuda yg sebenar-benarnya..yelaa..selama ni tengok kat tv jerkn..


seperti yg dijanjikan kami pun dibawa ketempat yg dijanjikan..waahh..nak ckp ni, tempat ni bukan semua org awam dapat masuk cuma org2 yg bertuah cam kami ni jer yg boleh masuk..hehe..overr sudah..mmg best sangat..aku di perkenalkan dengan semua jenis kuda2 yg ada kat sana..ada pelbagai rupa, bentuk, warna, jantina n nama pun hebat2 belaka..hehe..=] aku pun tak melepaskan peuang untuk mengabadikan kenangan bersama kuda yang paling aku suka..iaitu rATu a.k.a aSMAh

P/s: kepada dila.."ok, Jom..ari sabtu naik kuda..huhu..jgn k.maz ajak g office dala..=P"

Wednesday, March 11, 2009

Jawab Tag dari Ain Aishah

1. Pilih 5 cerita cinta / romantik yang kamu suka dan ingin dikongsikan bersama rakan-rakan
2. Rumuskan kembali cerita yang anda pilih mengikut pahaman anda


haha..tertawa dan terkaku aku sendiri takala menerima tag dari dia..jari jemari ku bagaikan memahami apa yang bermain difikiranku..lantas aku dail no branch Naza TTDI..huhu..
Ain awk saja nak kenakan sy ek.. ciap lar awk..hehe..=P


Cinta
filem ni aku penah tengok sekali jer, itu pun kat tv untuk siaran rancangan hari raya tahun lepas..[ingat2 lupa].. filem ni menonjolkan 5 kisah cinta yang sering berlaku dipersekitaran kita. Cinta diantara adik-beradik, Cinta diantara kawan, Cinta diantara suami isteri..mula2 aku tak paham juga jalan cerita dia, selepas dipahami betul2 jalan cerita dia, baru aku dapat tangkap msg sebenarnya yang nak disampaikan

Heart..aku suka sangat tengok filem ni, menyentuh hati beb!! huhu..memang resam dunia, cinta perlukan pengorbanan. begitulah yg dapat aku rumuskan dari filem ni..demi ingin melihat orang yg disayangi bahagia, dia sanggup mengorbankan cinta yg telah berputik dihati sejak sekian lama. namun cinta sejati tetap akan bersatu akhirnya walaupun jasad telah tiada tetapi kenangan lalu mampu membangkitkan semula cinta itu

Ada Apa Dengan Cinta
kisah cinta remaja, filem ni aku tengok masa form 3kot..ntah lar da xingat..hehe..
kisah cinta remaja, seorang gadis yg mula mengenali apa itu cinta telah terjerat diantara cinta dan persahabatan..yg menjadikan filem ni lebih menarik kerana diiringgi dengan lgu2 yg rancak dan sesuai dengan jiwa remaja mcm aku..


Dilwale Dulhania Le Jayenge..filem hindustan yg paling aku minat selain Kuch Kuch Hota Hai!!
lagu2 dalam filem ni semuanya best2..huhu..ciap leh hafal lakan..tp setakat ikot gitu-gitu jer..lau nk tanya maksud sepatah haram aku xpaham..hahah..=P
filem ni dibintangi oleh pasangan yang paling tekenal di India, Shah Rukh Han & Kajol..diorang ni memag sesuai la..ape jer filem yg mengandingkan diorang, for sure filem tu meletop punye..hehe..=]


Enough..aku suka sangat dengan jalan cerita filem ni. ia mengisahkan seorang isteri yg cuba mempertahankan kebahagian rumahtangganya, lakonan berkesan oleh Jennifer Lopez telah memberikan impak yg menarik pada filem ni.. aku nak cite lebih2 pun xsyok better korang tengok sendiri..baru rasa feelnya..hehe..

hehe..rasa ni jelah kot yg aku boleh tulis..huhu..no idea laa..haa..kepada teman-temanku..Zaliykha Mohd..MyStory..AinAishah..E LA Mia Vita n Ceriteraku..sila-sila la menjawap yee...hahaha..=P

Friday, March 6, 2009

Sepah Juara


Selama 10 minggu aku mengikuti rancangan realiti tv, Raja Lawak Astro musim ke-3..dan akhirnya malam ni telah mencatatkan sejarah apabila kumpulan sepah telah dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Astro musim ke-3, diikuti tempat kedua jihan yang merupakan satu-satunya peserta wanita yang berjaya menjejakkan kaki ke peringat akhir Raja Lawak musim ke-3 dan tempat ketiga dimenangi oleh amir yang berasal dari kelantan

hehe..telah aku jangkakan keputusan ni..bagi aku, kumpulan sepah
memang layak menang sebab persembahan yang tonjolkan setiap minggu memang menarik dan sentiasa buat aku ketawa dan terus ketawa..haha..

persembahan jihan pulak, bole tahan menarik juga..walaupun dia seorang pempuan tapi dia mampu mengugat peserta lelaki yang lain..

amir pulak, persembahan lawak yang ditonjolkan masih di tahap yang sama cuma ada sedikit peningkatan dari segi intonasi persembahan..

kesimpulannya bagi aku semua peserta raja lawak astro musim ke-3 ni semuanya berbakat besar merekalah yang bakal menjadi pelapis pelawak-pelawak yang sedia ada dalam industri seni tanah air kita ni.. semoga korang semua terus maju dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.

Sunday, March 1, 2009

nokia 6670

aduh..tension tak terkata ni..hp aku rosak lagi!!! kali ni keypad die plak problem..aku pn xtau nape??? da banyak kali gak aku bukak fon ni, konon2 hebat sangat lar tuh nak repair sendiri..haa..amik kau..lagi bertambah teruk ada lar!!! aduhh..pening sudah ni..

skrg ni nak msg pn susah coz keypad problem en..
ahakzz..tok sattel problem ni, aku ada gak mtk tolong dr sorg member ni, disebabkan dia ada extra hp aku nk pnjam lar sementara hp aku ok balik..tp until now xde respon pn..tension sudah!!!

cite sal hp ni, memang banyak kenangan aku ngan hp ni, nk tukar pn sayang.."sentimental value" lar katekan..hehe..=p actually, hp ni aku pakai dah lama since aku form 5 until now..xpenah tukar lagi, huhu..ikutkan ati memang nak tukar hp br tapi nak wat camne bajet xde lagi..tp xpe, bg aku as long as bole call bole msg kira ok lar tuh..=]