Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 2011


Assalamualikum semua

Ramadhan menjelma lagi untuk kesekian kalinya. Dan Sesungguhnya, kita harus mengucapkan syukur ke Hadrat Illahi, di atas dilimpahkan kurnia rezeki dan kesihatan yang baik untuk bertemu Ramadhan pada kali ini.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Nota Kaki : Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa mudah -mudahan kita semua selamat dan sentiasa diberkati Allah S.W.T dari saya Cik Princess..[^_^]!!~~

7 comments:

tuLip said...

selamat berpuasa beb...
semoga sihat sepanjang Ramadhan nie..InsyaAllah

~..UdadyaNNa..~ said...

selamat berpuasa jugakkk!!~~
dan semoga dibulan yg mulia nie kita dpt menambahkan lg amal ibadat utk mendptkan keredhaanNya aminn..

a.R said...

salam ramadhan pwincess..!

a.R said...

Selamat berpuasa..~

~..UdadyaNNa..~ said...

mekaceehhhh selamt berpuasa jgn ponteng2 tau..ekeke..!

Zulaikha said...

selamatla...xkisahla bulan ramdhan ke...atau bulan2 yang lain..huhu...

~..UdadyaNNa..~ said...

yeaayyyy btol tuhh semoga selamat laaa semunyaa..aminn..
~selamat berpuasa~