Monday, May 9, 2011

Dosa Semalam

Setiap dari kita pasti punya kisah hidup tersendiri. Namun, bagaimana teruk pun kita yang semalam, bersyukurlah kerana Allah masih memberikan nyawa kepada kita hari ini. Dia masih memberikan kita peluang untuk membetulkan diri dan mencorakkan hari esok. Rasa berdosa apabila mengenangkan hari-hari kebelakangan ini, terasa seolah-olah saya telah berubah ke arah yang lebih baik. Maka, sebelum terus terleka dengan bisikan syaitan yang melalaikan ini, saya ingin mengajak diri saya dan anda semua, untuk kita renungi kembali kisah silam kita, demi memupuk kembali rasa berdosa dalam diri. Semoga dengan adanya perasaan itu, kita sentiasa berwaspada dalam mencorakkan hari-hari mendatang kita.

Hayatilah….

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan…Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan…Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan…Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan…Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya…

Lagu : SM Ibrahim
Lirik : SM Ibrahim
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : EW Music Publishing (M) Sdn Bhd
S.P. : BMG Music Publishing

Bersyukurlah jika kita masih mempunyai rasa berdosa dalam diri. Ketahuilah, tak ramai daripada kita yang Allah campakkan nikmat ‘rasa berdosa’ itu, hargailah ia. Semoga menjadi platform untuk kita sentiasa bertaubat, bermuhasabah dan memperbaiki diri. Rasa berdosa inilah yang akan menjadi penggerak untuk kita terus menambah amal. Semoga kita masih berpeluang untuk mencium syurgaNya. Maaf, tak banyak yang boleh dikongsikan, harapannya agar mesej ringkas ini terkesan di hati kita.

Semoga kita dapat terus sama-sama mencari peluang-peluang kebaikan, yang mampu menutup dosa-dosa semalam.

Rasulullah SAW bersabda: “Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, ikutilah perbuatan buruk itu dengan kebaikan sesungguhnya kebaikan akan menghapus keburukan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.”

(Hadis Hasan Riwayat Al-Tirmizi).


**********************************

Petikan di atas aku cOpy bulat2, petak2 dan lonjong2 dari blog azzariyat.com.. kredit pada owner blog n thnx tok kun sebab memperkenalkan aku pada blog cik azariyat nie. banyak entry yang menarik yang boleh dikongsi bersama readers so jommm check it Ouutt....


nOta kaki : Aku sebagai khalifah di muka bumi serta sebagai hambanya tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dek kerana kealphaan aku sendiri..Ya Allah semoga kau ampunan dosa-dosa ku..aminn..

4 comments:

a.R said...

taching lak...ni lagu ke sajak nih>?

~..UdadyaNNa..~ said...

Lagu la kot!!! aku pon tak pernah dgrr...tp sgt menyentuh hati loorrr..

menumpang kasih said...

baiklah sye menyesal:(

~..UdadyaNNa..~ said...

huhu..(^_^)!!~~