sejak kebelakangan ni aku sering rasa cemburu tak tentu pasal..adakah aku sedang dilamun cinta?? Hehe..mungkinkah..hurrmmss..kenapa aku sangat berminat untuk memperkatakan tentang topik ini disebabkan oleh perasaan cemburu yang sering melanda aku tak tentu pasal, maka aku telah mengambil inisiatif untuk mencari jawapan kepada tentang maksud cemburu yang sebenar..
Cemburu?? Iri hati?? Jealous?? Semuanya mempunyai maksud yang sama.. Dan anatara jawapan yang dapat dari mr. google adalah seperti berikut:
Cemburu?? Iri hati?? Jealous?? Semuanya mempunyai maksud yang sama.. Dan anatara jawapan yang dapat dari mr. google adalah seperti berikut:
DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.
mr. google juga telah memberikan sedikit tips utk mengurangkan rasa cemburu
1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.
4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.
5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.
Terima kasih diucapkan kepada mr. google di atas maklumat yang telah diberikan walaupun maklumat yg diberikan sebenarnya sesuai ditujukan untuk org yg sedang hangat bercinta. Tetapi adakah aku juga sedang dilamun cinta?? ahakkss...Tepuk dada tanya selera!!!!
ekekekeke..sekian dari aku a.k.a cik princess dan terima kasih kerana sudi membaca..papai..(^_^)~~
ekekekeke..sekian dari aku a.k.a cik princess dan terima kasih kerana sudi membaca..papai..(^_^)~~
1 comment:
kut jgk awk cemburu erk
Post a Comment