Tuesday, May 31, 2011

PA bOss

Lalalalalalalaaa..~~
masuk hari ni dah dua hari aku jadi PA
apa tuh PA??
PA tuh stand for Personal Assistant yerk dan bukannya Pembantu Am tau..
dan selaku PA untuk dua hari ini tak banyak sangat kerja yang aku perlu buat sebab PA yang sebetulnya da bereskan semua kerja2 beliau dan aku hanya perlu menunggu arahan bOss sahaja.
Sepanjang tempoh 2 hari aku jadi PA dan apa yang aku amati tugas sebagai PA ini adalah mereka perlu merekod semua surat yang keluar masuk bilik bOss, jaga schedule bOss, jawab panggilan telefon untuk bOss, dapatkan semua maklumat yang berkaitan dengan meeting yang akan bOss attend and buat semua yang bOss arahkan dari masa ke semasa..
haa..nampak macam senang je kan tapi sebenarnya besar juga tanggungjawabnya tuh..
so, kepada PA2 sekalian yang ada di malaysia ini teruskan kerjaya sebagai PA kerana tanpa PA siapa bOss and tanpa bOss siapa la PA kan..korang memang saling memerlukan di antara satu sama lain..
kenapa aku kata macam tuh sebab tak kan bOss nak buat semua kerja..kesian bOss!! sudahlah bOss tuh sibuk dengan kerja yang melambak2, siapa nak jaga schedule bOss, siapa nak arrange kan bOss punya time kalau bukan PA inikan..
Oleh itu, hOpe korang akan terus jadi PA yang terbaeek untuk bOss2 yang disayangi..ekekekeke..
klaa..stop mengarut nak balik rumah cepat buat kuih apam..lalalalalaaaa..~~
papaii...


nOta kaki : ketika sedang menaip sambil mendengar lagu Anuar Zain "Sedetik Lebih".. tiba-tiba teringat kat dia...

Wednesday, May 25, 2011

Kadang-kadang kita lupa...

Kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur kepadaNya. Lupa akan Dia dek kerana kesibukan dunia yang tiada hentinya. Lupa yang kita juga adalah khalifah di bumi ciptaanNya. Lupa akan tanggungjawab kita sebagai hambaNya.

kadang-kadang kita terlupa...

Terlupa untuk bersyukur dengan segala nikmat dan limpahan rezeki yang dikurniakanNya.
Lupa untuk bersyukur bahawa sesungguhnya Dialah punca segala kesedapan dan kenikmatan yang kita rasai didunia ini. …

Kadang-kadang kita lupa…

Lupa nak bersyukur apabila Dia bangunkan kita di tengah-tengah malam untuk bermunajat kepadaNya. Lupa untuk bersyukur bahawa sesungguhnya Dialah yang memberi kekuatan itu kepada kita. Kita berharap pada alarm untuk mengejutkan kita, tapi terlupa bahawa Dia jualah yang akan membunyikan alarm tersebut untuk mengejut kita. Dialah yang membolehkan kita untuk bangun awal setiap hari. Kita lupa untuk menghargai setiap peluang yang di beri untuk kita beramal kepadaNya. Kita terbangun dan melihat jam pukul 3.30pagi. Lantas kita pun menyambung tidur kita. Padahal Allah teringin untuk dengar suara kita pagi itu, maka Dia gerakkan kita. Kita sia-siakan peluang yang diberiNya. Kadang-kadang kita marah sahabat-sahabat yang mengganggu tidur kita, sedangkan Allah yang menggerakkan hati sahabat untuk membangunkan kita. Kadang-kadang kita lupa nak hargai peluang yang ada…Terlupa nak hargai orang sekeliling kita…

Kadang-kadang kita lupa…

Dalam kesibukan dan kebuntuan untuk mencari masa menghabiskan kerja-kerja harian di pejabat, kita lupa untuk bergantung harap dan memohon kekuatan daripadaNya.

Kadang-kadang kita lupa, bahawa kita masih punya Allah untuk kita pohon segala yang kita inginkan, untuk kita sandarkan harapan agar segalanya berlalu dengan baik.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah talah mengadakan kententuan bagi tiap-tiap sesuatu” (At-Thalaq:2-3)

Yang penting, keyakinan kita padaNya. Keyakinan bahawa Allah tidak pernah mengecewakan hamba yang meminta kepadaNya. Pohonlah apa sahaja…

Kadang-kadang kita lupa…

Lupa untuk melihat pelbagai nikmat yang telah dikurniakan kepada kita sehingga kita tertanya-tanya, kenapa aku tak jadi seperti dia? Kenapa tak comel dan secantik macam dia? Kenapa tak pandai macam dia? Kenapa tak bersemangat macam dia? Kadang-kadang kita terlupa bahawa Allah telah memberi yang terbaik untuk kita. Terlupa yang Allah hanya ingin melihat sekeping hati yang sejahtera daripada kita semua. Bukan yang lain. Terlupa yang setiap makhluk diciptakan dengan kelebihan yang tersendiri. Terlupa untuk melihat kelebihan diri sendiri sehingga menginginkan kelebihan yang diberi kepada orang lain. Terlupa yang matlamat kita serupa, tapi jalan yang dibentangkan di hadapan kita berlainan. Bersesuaian dengan keupayaan kita untuk mencari redhaNya. Terlupa untuk melihat sirah Rasulullah SAW. Ada sahabat yang bila bertanyakan rasulullah bagaimana cara untuk mendapatkan syurga? Untuk setiap mereka berlainan jawapan yang diberikan oleh baginda SAW. Ada yang perlu berbakti kepada ibu bapa, ada yang perlu berjihad di medan perang. Bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Kita juga begitu, lihatlah segala kebolehan yang ada pada diri dan bantulah agama Allah sedaya yang kita mampu. Tak perlu berharap untuk menjadi orang lain. Tetapi bersyukurlah dengan kelebihan yang ada dan selidikilah kelebihan yang diberikan kepada kita supaya dengannya kita mampu untuk menambah amal.

Kadang-kadang kita lupa…

Lupa kepada pesanan ibu dan ayah yang suruh belajar dengan bersungguh-sungguh agar menjadi insan yang berguna di masa akan datang. Lupa yang kita sedang memikul tanggungjawab yang besar dengan membawa segunung harapan mereka. Dan yang paling utama, kita terlupa yang belajar mampu mengubah kehidupan dan menjadikan kita orang yang lebih berilmu.

Kadang-kadang aku lupa…

Lupa pada diri sendiri tatkala berpesan kepada orang lain. Lupa yang tangan ini sendiri yang menaip dan otak ini yang berfikir. Lupa yang telinga yang paling dekat adalah telinga sendiri. Lupa untuk berpesan pada diri sendiri agar sentiasa positive dalam kehidupan ini. Lupa yang terkadang kita pernah menyakit atau menyinggung perasaan orang yang disekeliling kita dan tanpa kita sedari kita telah pun melakukannya.
Maka, sentiasalah kita saling ingat mengingati serta pesan berpesan sesama kita agar sentiasa rasa bersyukur dengan di atas segala pemberianNya

nOta kaki : Alhamdulillah ya Allah, atas segala nikmat, rezeki serta peluang yang Engkau berikan kepadaku, Alhamdulillah ya Allah, kerana Engkau hadirkan mereka2 yang sentiasa menyayangi serta menghargai diri ini.

Monday, May 23, 2011

3 Hari

3 hari lepas aku sibuk dengan kelas
masuk kelas pun pening+blur2
rasa macam apa la yang cikgu ini ajar aku tak paham laa..
rasa macam nak balik rumah tak nak masuk kelas daaa, nak tengok tv cite "hantu kak limah balik rumah" ag best..
tapi tak boleh sebab aku pun nak jadi pandai macam orang lain so kena duduk diam2 dalam kelas and pay attention yerk cik princess

3 hari lepas aku dapat rasakan konflik dalam diri
rasa tekanan yang amat sangat sampai menitiskan air mata
OOhh..tidak tapi aku dah pun menitiskannyaa..

disebabkan 3 hari lepas juga aku rasakan suatu
perubahan yang pelik terhadap dia
mulanya aku tak pasti kenapa dan aku tertanya mengapa
dan akhirnya aku dapat jawapan itu
3 hari yang mengundang rasa cemburu yang amat sangat
3 hari aku mencari ilmu atau 3 hari mencari cinta???


nOta kaki : walaupun susah untuk di luahkan tapi aku nak cakap juga "Im sOrry dEar"....

Wednesday, May 18, 2011

Unlimited!!~~~

aku kini bebas
bebas berhubung, bebas bersuara, bebas bersms,
malah bebas melakukan apa saja..hahahaha..semuanya kerana dia..
Unlimited!!~~

mekacehhhhh DIGI..(>_<)//



haa..hampir terlupa..si gadis genit nie telah selamat mendirikan rumahtangga bersama lelaki pilihan hatinya, semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat~~
dengar khabar julai tahun ini nak berangkat ke sabah, negeri di bawah bayu kerana mengikut suami tercinta. hurrmm..pasti aku akan merindu saat ketika kita bersama, tinggal sebumbung, makan semeja, tido sebilik tapi katil jer lain2..huhu..i will miss u my fwenn..

nOta kaki : kat opiz dah ramai yang kawin, ada yg da pregnant, ada yang bertunang!!~~ aku plak bila lagi?????

Saturday, May 14, 2011

Cik Princess vs Heliza Helmi

seronok kalau berangan nie kan!!! korang boleh berangan apa je yang korang suka..yela, bukan kena bayar pun kan malah tak dikenakan sebarang cas pun..ekekek..so, today aku nak berangan jadi cOmey cam heliza helmi!! korang kenalkan sape heliza helmi??? lau tak kenal lagi mehh sini klik --->> sini..[haa..tapi tipu la kalau tak kenal en..en..!!]

jOOmmm..layan aku berangann...~~
korang tengok cantiknya la si heliza nie, dala cANtik, cOmey, gebu. memang sape dapat kawin dengan dia bertuah gila!!! [kalau aku jadi laki, aku ngorat da daq heliza nie..huhu..] ok, sambung story balik..aku berangan nak jadi macam dia sebab dia nie walaupun dah jadi selebriti tapi dia tetap masih mengekalkan imej muslimah..aku memanf respect la sama nie cik heliza helmi n kalau korang minat gila kat dia bole la like fanz page heliza helmi..~~
*
*
bulat gila mata dia..suke2!!
*
*
post yang sangat comeyyyy....

feminin habisss sehhh
*
*
huiisss...manjanya posing niee...huhu...[cik heliza sila ajar sy posing cmne lehh..(~_^)]
*
*
yg nie pic sy..hahaha..ada gaya tak nak posing cam heliza tuhh..[sila jgn muntah yerkkk...hahahaha...(^_~)!!]

Okk..da habis berangan!!! nak siap2 balik kg niee..papaii..


nota kaki : pernah pergi test shoot tok majalah dara.com tapi sedeyyy tak terpilih pon!!! sebab aku tak comey cam heliza kot..hihihi..~~

Wednesday, May 11, 2011

Sesak, Sakit dan Tersepit..!!!

Bila rasa terasa sesak, sakit dan tersepit!!!!
pernah tak korang rasa macam aku rasa sekarang ini
rasa bosan, tension dan rasa nak lari semua masalah yang ada
tapi sampai bila dan yang pasti kalau aku lari adakah ia dapat menyelesaikan masalah yang sedang aku hadapi sekarang nie...
hurrrmmmmssss.......~~~~


nota kaki : aku nak balik rumah!!!!! tak nak buat keje boleh x????

Monday, May 9, 2011

Dosa Semalam

Setiap dari kita pasti punya kisah hidup tersendiri. Namun, bagaimana teruk pun kita yang semalam, bersyukurlah kerana Allah masih memberikan nyawa kepada kita hari ini. Dia masih memberikan kita peluang untuk membetulkan diri dan mencorakkan hari esok. Rasa berdosa apabila mengenangkan hari-hari kebelakangan ini, terasa seolah-olah saya telah berubah ke arah yang lebih baik. Maka, sebelum terus terleka dengan bisikan syaitan yang melalaikan ini, saya ingin mengajak diri saya dan anda semua, untuk kita renungi kembali kisah silam kita, demi memupuk kembali rasa berdosa dalam diri. Semoga dengan adanya perasaan itu, kita sentiasa berwaspada dalam mencorakkan hari-hari mendatang kita.

Hayatilah….

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan…Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan…Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan…Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan…Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya…

Lagu : SM Ibrahim
Lirik : SM Ibrahim
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : EW Music Publishing (M) Sdn Bhd
S.P. : BMG Music Publishing

Bersyukurlah jika kita masih mempunyai rasa berdosa dalam diri. Ketahuilah, tak ramai daripada kita yang Allah campakkan nikmat ‘rasa berdosa’ itu, hargailah ia. Semoga menjadi platform untuk kita sentiasa bertaubat, bermuhasabah dan memperbaiki diri. Rasa berdosa inilah yang akan menjadi penggerak untuk kita terus menambah amal. Semoga kita masih berpeluang untuk mencium syurgaNya. Maaf, tak banyak yang boleh dikongsikan, harapannya agar mesej ringkas ini terkesan di hati kita.

Semoga kita dapat terus sama-sama mencari peluang-peluang kebaikan, yang mampu menutup dosa-dosa semalam.

Rasulullah SAW bersabda: “Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, ikutilah perbuatan buruk itu dengan kebaikan sesungguhnya kebaikan akan menghapus keburukan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.”

(Hadis Hasan Riwayat Al-Tirmizi).


**********************************

Petikan di atas aku cOpy bulat2, petak2 dan lonjong2 dari blog azzariyat.com.. kredit pada owner blog n thnx tok kun sebab memperkenalkan aku pada blog cik azariyat nie. banyak entry yang menarik yang boleh dikongsi bersama readers so jommm check it Ouutt....


nOta kaki : Aku sebagai khalifah di muka bumi serta sebagai hambanya tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dek kerana kealphaan aku sendiri..Ya Allah semoga kau ampunan dosa-dosa ku..aminn..

Sunday, May 8, 2011

Mak.....Selamat HAri Ibu!!!~~

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat HAri Ibu buat iBunda tercinta
Saptiah binti Saat semoga di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yang berpanjangkan serta sentiasa di lindungi di bawah Mu..Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur kehadrat Mu kerana telah Engkau kurniakan kepada ku seorang ibu yang sangat mengasihani serta penyayang terhadap anak2nya serta kepada keluarganya..Kau lindungilah dia sebagai mana kau melindungi hamba2 Mu yang lain. Semoga Engkau sentiasa mencurahkan limpah kurnia dan hidayah kepada ibunda tercinta..aminn

"Mak aye sayang sangat2 kt mak, tak terluah dengan kata perasaan yang sangat mendalam dan hanya mak tempat aye meluahkan segalanya kerana Mak lah tempat aye berkongsi segala rasa. Seandainya aye sedih dan terluka Mak lah tempat aye mengadu kerana engkaulah penawar segalanya..."

*****

Wednesday, May 4, 2011

Salam perkenalan dari seorang "SEDARA"

tengah hari tadi aku dengan kun lunch kat kedai mamak jer, ntah kenapa kedai mamak menjadi destinasi untuk santapan tengah hari kami. kalau nak di ikotkan masing2 dah kenyang sebenarnya tapi tak tau kenapa mulut nie rasa nak mengunyah jer..so, si kun nie cakap jom makan roti canai dan tiba2 aku rasa menarik gak idea tuhh..hehe..pelik tak??? tengah hari biasa orang makan nasi tapi kami makan roti canai..hahaha..layann jer..

ok seperti biasa sampai kedai kami pun order la menu seperti yang di hajati..sambil2 menunggu order sampai..si kun nie buka story masa zaman2 dia study dulu memang seronok bila mengimbau kembali zaman masa study, macam2 kenangan pahit manis yang dilalui..sO sweet tau dan aku sebagai pendengar setia nie pon rasa macam berada sekali di zaman kegemilangan itu..ekekek..[padahal dulu study lain2 lain tempat kot, kenal pon tak lagi]..~~ (^_^) , peace kun..

Dalam duk aku melayan story kun ini, aku dengan tiba-tiba teringat akan seorang teman yang pada mulanya aku kenali sebagai teman biasa dan tanpa di duga dia mempunyai tali persaudaraan dengan aku!! kikiki..kelakar jer kan dan macam tak percaya plak, masa itu terasa sangat keciknya dunia nie..sejauh ini aku merantau masih boleh jumpa "sedara" lagi..huhu..

bila diingat-ingatkan semula, macam mana aku boleh tau yang dia ini sedara aku?? haa..segalanya bermula di kedai mamak nie laa...[opss..nama kedai di rahsiakan] hihihihi...memang lucu sangat time tuh. nak dijadikan cerita aku dan sedara duk mengeteh la kat kedai mamak ini..macam biasa sembang punya sembang, borak punya borak terbuka laa cite pasal kampung..haa..start dari tuhlahh yang aku tau kami nie sedara..hahaha..sedara ker???? cOntoh jer kOt!!!~~
aku sampai tak terluah dengan kata2..ekekek..dan hanya mampu aku kata tika saat ini salam perkenalan dari seorang SEDARA!!!

dalam aku duk berangan teringatkan sedara ini, aku hampir terlupa yang aku tengah melayan story si kun nie maka dengan sepantas kilat aku stop mengelamun dan fokus balik pada story si kun nie..huhu..sorry la kun aku termengelamun kejab..jangan mara ekk..ok buleh sambung story balik!! ~~ sO, aku dengan kun lepak kat mamak tuh sampai jam 2 ptg..perot da kenyang hati da senang baru boleh balik office sambung buat kerja..lalalalalaaa..ok guyss sampai sini story aku t aku hap date lagi k..papaii..

Sunday, May 1, 2011

I will miss yOu my luv...

I miss you when you are far away
I think about you every night and day
Even if we can't be together
I will miss you now and forever!!!