Thursday, August 5, 2010

Di Ambang Ramadhan


Alhamdullah beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelang tiba. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan segala macam keberkatan yang harus direbut oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Kini bahang Ramadhan sudah kian terasa sejak bulan Syaaban lagi kerana dalam bulan ini jugalah tidak kira individu, komuniti, persatuan akan mengadakan pelbagai majlis kenduri demi menyambut ketibaan Ramadan yang mulia serta sebagai memenuhi hajat mereka..

oleh itu, di kesempatan ini juga aku ingin kongsikan bersama sedikit sebanyak mengenai hukum2 berkaitan dengan puasa Ramadhan dengan lebih dekat lagi sebelum kita semua menghadapi bulan Ramadhan yang bakal menjelang 5 hari lagi..renung-renungkan dan selamat beramal..(^_^)

Hukum-hukum berkaitan dengan puasa Ramadhan

Pendahuluan:

  • Puasa Ramadhan merupakan salah satu dari rukun Islam yang wajib kita imani dan laksanakan.
  • Difardukan pada tahun kedua hijrah
  • Rasulullah sempat berpuasa Ramadhan selama 9 tahun.

Bila mula berpuasa?

  • Bila kelihatan anak bulan (Hilal)
  • Sekiranya tidak nampak, cukupkan bulan Syaaban sebanyak 30 hari.
Pembahagian manusia dalam hukum berpuasa:

  1. Muslim yang baligh, berakal, bermukim, mampu (selamat dari tegahan berpuasa) : Wajib berpuasa.
  2. Budak kecil : Tidak wajib.
  3. Orang gila : Tidak wajib.
  4. Orang tua yang nyanyuk : Tidak wajib, wajib ketika hilang nyanyuk.
  5. Orang lemah, sakit yang tidak akan sembuh: Tidak wajib, kena bayar fidyah.
  6. Musafir : Tidak wajib, kena ganti puasa.
  7. Sakit yang boleh sembuh :

– Tidak sukar & tidak mudharat : Wajib berpuasa

- Sukar & tidak mudharat : Makruh berpuasa

- Mudharat : Tidak wajib berpuasa

  1. Haidh, Nifas : Tidak wajib, kena ganti puasa.
  2. Perempuan yang menyusu anaknya, hamil yang takut terjejas kesihatannya atau kesihatan anaknya : Tidak wajib, kena ganti puasa.
  3. Orang yang perlu berbuka untuk ada kekuatan menyelamat nyawa orang yang perlu dijaga nyawanya (ketika berjihad dll) : Tidak wajib, kena ganti puasa.
Perkara yang membatalkan puasa:

  1. Jimak : Kaffarah : Merdeka hamba, atau puasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan 60 orang miskin.
  2. Mengeluarkan mani dengan sengaja : Ganti puasa.
  3. Makan, minum, muntah dengan sengaja : Ganti puasa
  4. Keluar darah haidh atau nifas : Ganti puasa

Penutup:

Semoga kita semua mendapat manfaat dengan pembacaan diatas lalu terus mengamalkannya dan menjaga segala hukum-hakam yang berkaitan dengan puasa agar puasa kita sempurna dan diterima Allah Taala.

6 comments:

kelip-kelip dyla said...

selamat berpuase!nnt ade mase kite buka pose same2 ye??

~..cik PriNCEss..~ said...

selamat berpuasa tok kamu jugaa...huhu...inyaAllahh..der kesempatan buke same2 tau...

Muhd Suhaily said...

Salam ramadan, semoga kita semua diberkati khendaknya...

cik princess said...

Amin..mekacih...dan Salam Ramadhan untuk kamu juga enche Muhd Suhaily..(^^,)

johnlabu said...

slamat berpoce gakk.... :)

~..cik PriNCEss..~ said...

mekaceh johnlabu & selamat berpuasa gak..(^^,)