Wednesday, December 21, 2011

Menghitung Hari Saja ni

Nothing much to say
hanya tabah dalam menjalankan kerja2 harian seperti biasa di opis
untuk minggu yang terakhir di bulan terakhir tahun 2011 dan sebelum menjelangnya tahun 2012

semoga aku masih ada rezeki di sini lagi
dan semoga khidmat aku masih diperlukan di sini

semoga aku masih dapat melihat akan kehadiran dia

semoga aku dia juga begitu

dan semoga kami akan menjadi seperti dulu
amin..^_^

WOrdless Wednesday.. # 8 - Aku dan Polkadot..^_^

^^baju febret sy..^^

Tuesday, December 20, 2011

Copy : Keadilan Allah ke atas kaum lelaki dan perempuan

Lelaki

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Monday, December 19, 2011

Copy : Jodoh Adalah Rahsia Allah

Jodoh adalah antara rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui.

Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu. Mengapa pula begitu?

Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.

Manakala, Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.

Jom pergi kepada dalil:

1. Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud.
Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32):16-17 (baca dalam terjemahan Al-Quran)

2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat. Imam al-Mubarakfuri berkata: "Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."

3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'." (HR Bukhari)

Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya.

Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman.

Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.

Sunday, December 18, 2011

Carta Hati

dedicate this song to someone special in my life.
miss u sgt3!!
<3



Carta Hati

hmm.. hoo.. haaa.. mmm..

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

hmm.. hoo.. lalala.. mmm..

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita

lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…

Thursday, December 15, 2011

Bila Minggu Exam bermula

This week Exam
ok sila baca buku jgn nak main2 ag yerppp..
da banyak sgt tertinggal niee
t kengkawan laen da grad
aku tak grad agg..

fokus!! fokus!! fokus!!
bukan fokus point tau
fokus on my class n exam

wish me luck yerrppp kengkawan
hee..tuh pon lau ade yg nak wish laa
lalalalaaaa..
hehehe..papai..

thanx 4 reading..^_^

Monday, December 12, 2011

Contest Pencarian Next Top Model - Pusingan 1 anjuran BUTIK MAMA

Assalamualikum kengkawan..
heee..cer tengok gambar kat atas okeh x??? kikikiki..tuh adalah sy..
sy ada join contest Next Top Model anjuran Butik Mama..
jadik mau mtk jasa baek kengkawan blogger tok like pic sy..heheheh...mekaceehhh yerpp Hope Allah Bless u guys amin...(^_^)