Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 2011


Assalamualikum semua

Ramadhan menjelma lagi untuk kesekian kalinya. Dan Sesungguhnya, kita harus mengucapkan syukur ke Hadrat Illahi, di atas dilimpahkan kurnia rezeki dan kesihatan yang baik untuk bertemu Ramadhan pada kali ini.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Nota Kaki : Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa mudah -mudahan kita semua selamat dan sentiasa diberkati Allah S.W.T dari saya Cik Princess..[^_^]!!~~

Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Bila Aku Gila Bola!!!

Hi..

entah tak tau nak cakap macam mana
da puas aku cari
merata tempat aku pergi
dari uptown cheras ke danau kota pergi patah balik ke uptown shah alam
semata-mata nak cari sehelai jersi bola sepak malaysia cutting ladies long sleeve

adoi susahnya nak dapat
mana kedai yang aku pergi semua kata "cutting ladies da xde stok lagi"
sangat sedehh!!
rasa macam putus harapan jaa
dala tengah semangat berkobar-kobar nak tengok Msia vs Singapura!!!
mau tengok skuad harimau malaya beraksi secara live..

ok tinggal 1 ari saja lagi..
kengkawan mana mau cari jersi ni!!!!!


(Jersi Bola Sepak Malaysia Ladies - Hitam Kuning)


(Jersi Bola Sepak Malaysia Ladies - Biru)


Kedua2 jersi nie sangat cantik tp lengan pendek!!! yang lengan panjang punya da xde kuar daaaaa...nk jugak!!! nk jugak!!