Wednesday, April 27, 2011

Kalaulah aku dapat Hp Samsung Galaxy S!!

Kalaulah aku dapat Hp Samsung Galaxy S!! sudah pasti aku tak pandang hp yang lain. OOhh..alangkah bahagianya aku kalau dapat memilikinya..perghhh..akan ku tatang bagai minyak yang penuh, akan aku jaga lebih dari nyawa aku sendiri, akan aku baluti body dia dengan sarung hp la apa lagi..huhu..tapi tuh semua andainya jer..hurrmm..kalau aku kaya dan banyak duit, sekarang jugak aku pergi kedai hp sambar Samsung Galaxy S 1!!! tapi apakan daya sebab tak banyak duit la aku hanya mampu berangan.. macam bak kata sorang sahabat ini "bukan kena bayar pun kalau berangan" sO jom la kita berangan beramai2 yerkk tapi jangan la berangan-angan mat jenin plak, sebab tak guna habuk pun takde!! biarlah apa yang kita angankan itu haruslah disusuli dengan usaha insyaAllah kita boleh dapat apa yang kita angan kan tuhh..ekekeke..[uikss..sempat selit tazkirah petang..weeiiii..]

ok now jom ushar macam mana rupa hp Samsung Galaxy S yang aku nak sangat tuhh..
*
*

haa..macam ini lah rupanya!!! smart enn..aku penah gak tanya2 kat kedai apa function hp ni..memang semua ada complete sampai aku sendiri pun tak tau nak story balik kat korang..huhu..unutk lebih lanjut korang g la survey sendiri kat kedai hp yang berhampiran dengan korang ekk..=P *
*
*
Blackberry torch best ker??? aku rase macam best jer sebab ramai gak daq kelas aku yang guna..hurrmm.,,aku pon nak pakai jugak laa...ada sesiapa yang baik hati nak bagi kat aku sebijik tak?? [ekekeke..bajet macam princess jer nak orang bagi]
*
*
dulu aku berangan nak pakai hp nokia E72 nie!! nampak sangat smart n exclusive kan..huhu..kalau dapat tapi sampai sekarang tak dapat guna agg...hurrmmsss..=S

*
*
*
*
waaahhhh...bestnya kalau aku dapat hp yang aku idam-kan tuhh...hihihi..confirm my luv kat sebelah aku tak pandang..ekekek..giler nak buat mcam tuh for sure hp aku kena sita nanti..xmOOlaa ler teman...huhu..

klaa stop berangan..t lagi kuat aku berangan lagi macam2 aku nak,,hahahah..(^_~)!!!
wokehh thnx for readingg...papai..

Monday, April 25, 2011

Contest : Kami Fotogenik

cOntest datang laaggiii...sekali lagi aku telah di tag oleh cik muda tuk join contest Kami Fotogenik!!! aku tak tau la genik ke gedixx ker??? hahahaaa..tp yang pasti layan saja sebab aku kan kaki posing..ekekek..jommm..lyaaannnnnnnn...
*
*
*
*
*
syarat-syarat untuk mengejoin contest KAMI FOTOGENIK ialah,


1-sila menjadi follower belog The Lady & Mr Vampire. :D ~ DONE

2-sila ambil banner di atas dan link kan ke entry ini. ~ DONE

3-sila sertakan 3 gambar anda yang FOTOGENIK. ~ DONE

4-ni bahagian yang penting. *sila dengar betul2!
*~gambar pertama ialah gambar solo
~gambar kedua ialah gambar duo
~gambar ketiga ialah gambar secara beramai2

5-contest ini akan bermula sekarang iaitu 22 Mac 2011 dan berakhir pada 1 Mei 2011.

6-setelah selesai, sila pastekan url anda ke ruangan komen yang disediakan :D ~ DONE

7-jangan lupa tag 5 orang rakan anda yang FOTOGENIK dan pastikan mereka juga
mengetahuinya. ~ DONE

8-selesaikan slogan di bawah :

kami rasa kami patut menang contest ini kerana . . . . . . . . . .kami yakin lagi pasti bahawasanya foto kami adalah yang paling genik..kalau nak kate gedixx pon buleh jugak laa. disamping aksi2 spontan yang kami lakukan semoga dapat menarik perhatian juri yang arif lagi bijak sana..(^_^)

Okk..fotogenik yang dipertaruhkan adalah seperti di bawah
*
*
*
*
*
*
fotogenik 1 --> ada unsur2 gedixx cikit ka??ekekek..
*
*
fotogenik 2 --> unsur2 black n white
*
*
fotogenik--> bersantai atas bukit..


ok seperti biasa kena tagkan!!! aku nak tag

1. cik dila
2. cik taksukeecoklat
3. cik sofia
4. cik zianna
5. cik fisha

kepada kengkawan yg da kena taq tuhh sila2 laa jOiin yerrkk..sebab adiah dia sangat menarik!!! kalau nak tau..meh laa joiinn dluu..ekekeke..k papaii..

COpy : Warkah buat renungan bersama ~JOdoh Pertemuan KetentuanNya~

Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.

Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh

Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir

Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

p/s : Renung-renungkan....