Monday, June 20, 2011

10 wanita yang terakhir sangat bertuah!

Hi Gurlzz..
aku ada berita gembira yang nak dikongsi bersama u all guys..
pasti korang semua kenal dengan Annas Easkey eenn..siapa lagi kalau bukan seorang jejaka yang berbakat besar dalam dunia photographic nie..
sO, kepada gadis2 diluar jadilah antara "10 wanita yang terakhir sangat bertuah" dengan mendapat sentuhan ajaib beliau..


Pesanan Dari annas yang aku cOpy dr sini --->> Annas Easkey Photography


salam semua, entri ni entri pendek je, just nak bagitau anda semua tentang promosi sebelum ramadhan yang annas buat tu, tinggal sepuluh kekosongan untuk shoot promosi tu, jadi siapa cepat dia yang akan dapat shoot and makeup dengan annas, like seriously? yes its true *jeling*

harga? lebih atau dengan kata lain, sangat murah dari biasa ok! promosi sebelum ramadhan akan dishoot oleh annas pada 10 Julai 2011 and harganya RM450 only plus makeup, Alhamdulillah, annas dapat feedback yang bagus and tinggal 10 kekosongan sahaja! then annas akan tutup promosi ni and I dont mind orang cakap murah sangat ke apa ke, setahun sekali je annas buat, apa salahnya kan?

kepada sesiapa yang nak book annas, anda perlu membayar deposit rm150 sahaja selebihnya bayar lepas shoot! and untuk details korang bolehlah baca entri SINI and i would like to remind to you people, lepas ni no more promosi untuk single as annas akan buat promotion utk family shoot pulak tapi soon la bukan sekarang!

so lepas ni jangan tanya annas lagi bila nak buat promotion as this is the last promotion for single shoot and apa tunggu lagi sayangku sekalian! book me now! 10 orang yang terakhir sahaja! lets go!
email me untuk booking and confirmation at farick_annas@yahoo.com thank u so much! fyi, shoot ni kat KL area ok! :)


hehehe..sila abaikan pic dibawah kerana ia adalah iklan semata2..ekekek..
*
*


nOta kaki : nak juga jadi "10 wanita yang terakhir sangat bertuah!" oleh itu siapa sudi jadikan impian aku jadi kenyataan..

Tuesday, June 14, 2011

Cemburu?? Iri hati?? Jealous??

sejak kebelakangan ni aku sering rasa cemburu tak tentu pasal..adakah aku sedang dilamun cinta?? Hehe..mungkinkah..hurrmmss..kenapa aku sangat berminat untuk memperkatakan tentang topik ini disebabkan oleh perasaan cemburu yang sering melanda aku tak tentu pasal, maka aku telah mengambil inisiatif untuk mencari jawapan kepada tentang maksud cemburu yang sebenar..
Cemburu?? Iri hati?? Jealous?? Semuanya mempunyai maksud yang sama.. Dan anatara jawapan yang dapat dari mr. google adalah seperti berikut:

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

mr. google juga telah memberikan sedikit tips utk mengurangkan rasa cemburu
1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.

4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.

5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.

Terima kasih diucapkan kepada mr. google di atas maklumat yang telah diberikan walaupun maklumat yg diberikan sebenarnya sesuai ditujukan untuk org yg sedang hangat bercinta. Tetapi adakah aku juga sedang dilamun cinta?? ahakkss...Tepuk dada tanya selera!!!!

ekekekeke..sekian dari aku a.k.a cik princess dan terima kasih kerana sudi membaca..papai..(^_^)~~